Tadarus serikan ramadan

Oleh Yusrin Junaidi

PROGRAM Bertadarus Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Sungai Akar diteruskan lagi semalam bagi menyerikan Ramadan dan menyemai rasa kecintaan terhadap Al-Quran.

Majlis yang dihadiri oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong yang juga penaung Takmir MRSB itu dibahagikan kepada empat halaqah yang disertai seramai 25 orang ahli takmir dan jemaah masjid dan ditasmik oleh pegawai masjid dan tenaga pengajar Al-Quran yang bertauliah.