Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Taeyang Big Bang sudah jadi bapa

-

Ahli kumpulan Big Bang, Teayang dan isteri, Min Hyo Rin kini bergelar ibu bapa selepas menimang cahaya mata pertama baru-baru ini.

Pasangan itu sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga itu dilaporkan mendapat cahaya mata lelaki. Menurut YG Entertainment, ibu dan anak damit berada dalam keadaan baik.

“Memang benar Taeyang dan Min Hyo Rin menyambut kelahiran anak damit lelaki mereka,” kata wakil YG Entertainment menurut laporan oleh Koreaboo.

Berita kehamilan Min Hyo Rin yang juga seorang pelakon pertama kali dilaporkan pada September 2021.

Pasangan ini mula bercinta pada 2014 selepas bertemu di lokasi penggambaran muzik video Taeyang berjudul 1AM.

Mereka mendedahkan hubungan cinta itu pada 2015 dan akhirnya berkahwin pada Februari 2018. – Agensi

Teayang dan isteri Min Hyo Rin kini bergelar ibu bapa selepas menimang cahaya mata pertama baru-baru ini. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -