Taeyeon rasa kehidupan seakan kosong

Pandemik COVID-19 yang masih menghantui seluruh dunia sememangnya memberi kesan dalam corak kehidupan ramai orang. Bahkan, ia turut mengganggu emosi sesetengah orang sehingga memberi tekanan jiwa.

Itulah yang dirasakan penyanyi Taeyeon apabila mengakui terasa hidupnya kosong akibat COVID-19. Apalagi, banyak jadual kerjayanya dibatalkan atau ditunda.

“Saya rasa semua orang yang bekerja, bukan setakat diri-sendiri terasa kehilangan dan kekosongan. Saya seperti kehilangan kerja sekarang apabila tidak dapat membuat persembahan.

“Saya terasa ingin mula menangis. Saya cuma mampu bersabar menanti saat-saat saya kembali dapat berjumpa kembali dengan semua,” katanya yang sangat kecewa dengan situasi sekarang.

Baginya, keadaan pandemik yang nampaknya tidak mungkin pulih secepat mungkin jelas mengehadkan pelbagai perkara. Dia sendiri dapat merasakan dirinya berada dalam ruang kesepian yang sangat mendalam.

“Semakin teruk keadaan ini, semakin kurang perkara yang boleh kita buat. Ia benar-benar menjengkelkan bukan? Kita terpaksa berjauhan, terlalu bosan di rumah, dan rindu bersarang mahu berjumpa dengan yang lain,” katanya.

Demi membunuh gangguan emosi yang membelenggu dirinya, Taeyeon memutuskan untuk aktif bersiaran dalam media sosialnya. – Agensi

Taeyeon berasa hidupnya kosong akibat COVID-19. – Agensi