Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tahan 30 hari

    DILANCARKAN awal bulan lalu, ZenFone Pegasus 3S merupakan telefon pintar terbaru Asus sebagai pengganti ZenFone Pegasus 3, dengan mengetengahkan bateri sebesar 5000mAh.

    Dengan baterinya yang besar itu, Asus ZenFone Pegasus 3S dikatakan mampu bertahan selama 30 hari masa standy.

    Telefon pintar dual SIM ini dijana Android 7.0 Nougat dengan Asus ZenUI 3.1 di atasnya dan menonjolkan paparan IPS HD 5.2 inci yang dilindungi dengan kaca 2.5D.

    Ia dikuasakan dengan pemproses lapan teras MediaTek MT6750 yang dipadankan dengan RAM 3GB serta dua varian storan dalaman iaitu 32GB dan 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 2TB).

    Asus ZenFone Pegasus 3S didatangkan dengan bateri besar 5000mAh yang dikatakan mampu bertahan 30 hari masa standy.
    Asus ZenFone Pegasus 3S didatangkan dengan bateri besar 5000mAh yang dikatakan mampu bertahan 30 hari masa standy.

    Daripada segi optiknya, ia didatangkan dengan kamera belakang 13MP dengan apertur f/2.0, denyaran LED dan PDAF.

    Di depan pula terdapat kamera 8MP dengan teknologi PixelMaster.

    ZenFone Pegasus 3S menawarkan pilihan sambungan seperti 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n, GPS, Bluetooth 4.0 dan slot Mikro-USB.

    Ia juga dilengkapi pengimbas cap jari, yang boleh menyimpan sehingga lima cap jari berlainan dan juga boleh digunakan bagi pembayaran, terletak pada punat utama di depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda