Tahanan dari Indonesia paling ramai di depot imigresen Malaysia

KUCHING, 5 NOV – Seramai 8,774 pendatang asing tanpa izin kini berada di 14 depot tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, dengan jumlah paling tinggi melibatkan pendatang dari Indonesia yang menjangkau 3,172 orang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata ia diikuti dengan pendatang dari Myanmar seramai 1,912, dan Bangladesh 1,466 orang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu persidangan media selepas menghadiri mesyuarat JIM bersama Direktorat Jenderal Imigrasi Indonesia yang dike-tuai oleh Direktur Jenderal Imigrasi, Ronny Frenky Sompie di sini, hari ini.

Menurutnya antara fokus utama mesyuarat hari ini ialah perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kawalan sempadan dan pengurusan dokumen perjalanan.

Sementara itu mengulas mengenai program Pulang Ke Negara Asal (Back for Good – B4G) yang bermula sejak Ogos lepas, Khairul berkata ia masih lagi berjalan dan akan berakhir 31 Disember ini. – Bernama

Datuk Khairul Dzaimee Daud pada sidang media selepas Mesyuarat Jabatan Imigresen Malaysia bersa-ma Direktorat Jenderal Imigrasi Indonesia. – Bernama