Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tahanan hilang kembali semula ke penjara

    SYDNEY, 30 OKT – Seorang ahli akademik Australia yang ditahan di Iran selama lebih dua tahun telah kembali ke penjara Evin di Tehran, kata kawan hari ini, menimbulkan kebimbangan baharu mengenai kesejahteraannya.

    Kylie Moore-Gilbert, yang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas dakwaan mengintip, telah hilang dalam sistem penjara Iran seminggu lalu, mencetuskan usaha terdesak untuk mengetahui di mana dia berada.

    “Saya berasa lega kerajaan Australia berjaya mengesan Kylie enam hari selepas dia hilang,” beritahu kawan dan rakan pakar Timur Tengah Dara Conduit kepada AFP. “Namun jangan silap: ini bukan satu kemenangan untuk Kylie.”

    Keadaan di Evin dipercayai lebih baik daripada penjara Moore-Gilbert sebelumnya di Qarchak – pusat tahanan wanita yang telah disenaraihitamkan di bawah sekatan hak asasi manusia PBB dan terkenal dengan layanan teruk ke atas tahanan politik.

    Semasa di penjara Evin, Moore-Gilbert dilaporkan ditahan dalam keadaan terbatas dan memerlukan ubat psikiatrik untuk kesihatan mental ‘yang serius.’

    Kawan percaya dia sedang ditahan di wad yang sama, pusat yang dikawal oleh Pengawal Revolusi Islam Iran.

    Kementerian luar Australia berkata menjamin kebebasannya merupakan ‘satu keutamaan,’ tetapi terpaksa mengaku pada minggu ini tempat dia berada tidak diketahui. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda