Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Tahanan Iran dapatkan rawatan perubatan di Oman

    MUSCAT, 6 OKT – Seorang warga Iran-Amerika berusia 85 tahun yang ditahan di Tehran lebih enam tahun lalu mendarat di Oman kelmarin ketika dia mendapatkan rawatan perubatan segera, kata peguamnya, dengan Amerika Syarikat mendesak pembebasan tiga warganegara lain.

    Baquer Namazi, bekas pegawai UNICEF, telah ditahan Februari 2016 ketika dia pergi ke Iran untuk mendesak pembebasan anaknya Siamak, yang telah ditangkap Oktober tahun sebelumnya.

    Televisyen negara Iran menunjukkan rakaman pesawatnya meninggalkan negara tersebut.

    Dia mendarat di Muscat ibu kota Oman di mana dia bertemu semula buat kali pertama sejak ditahan bersama seorang lagi anak lelakinya, Babak, kata Jared Genser, seorang peguam hak asasi manusia yang mewakili keluarga tersebut.

    “Adalah sangat mustahil untuk menyatakan dan menggambarkan perasaan saya dengan secukupnya. Saya amat bersyukur kerana setelah sekian lama, saya akan dapat memeluk ayah saya semula,” kata Babak Namazi dalam satu kenyataan.

    Beliau mengucapkan terima kasih kepada Oman dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres atas usaha mereka serta UNICEF dan kerajaan Qatar, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat.

    Tetapi dia menggelar pembebasan itu sebagai ‘pahit manis’, sambil menyatakan bahawa abangnya dan dua lagi warga Amerika masih ditahan.

    “Mimpi ngeri kami tidak akan berakhir sehingga seluruh keluarga kami dan rakyat Amerika yang lain bersatu semula dengan keluarga mereka,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...