Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tahlil arwah sempena bulan Syaaban

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Bersempena mengambil kemuliaan dan keberkatan pada bulan Syaaban, ahli Jawatankuasa Alumni Sekolah Menengah Inggeris Pengambilan Pertama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) Aliran Inggeris 1975 hingga 1978 telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Alumni SMJA 1975-1978, di Jalan Telanai, baru-baru ini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah bagi rakan-rakan yang sudah kembali ke rahmatullah.

    Majlis juga diisikan dengan penyampaian sumbangan derma kepada salah seorang ahli alumni yang disampaikan oleh Pengerusi Alumni SM SMJA, Haji Abdurahman bin Haji Nasir.

    Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan diakhiri dengan menikmati jamuan.

    Majlis tersebut diadakan untuk mendoakan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang telah kembali ke rahmatullah agar diberikan rahmat dan keampunan serta ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

    Sementara itu, purih Mukim Saba turut mengadakan majlis seumpamanya bertempat di Bangunan Annajat, Beribi baru-baru ini.

    Majlis yang diungkayahkan oleh ahli Jawatankuasa Penyelidik dan Pemikir Sejarah Mukim Saba telah dihadiri oleh Dato Seri Setia Ustaz Haji Johar bin Haji Mohammad.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi ahli Jawatankuasa Penyelidik dan Pemikir Sejarah Mukim Saba, Haji Masri bin Haji Kambar.

    Acara turut diisi dengan tayangan video mengenai sejarah Mukim Saba dan aktiviti yang telah diungkayahkan oleh jawatankuasa tersebut.

    Gambar ramai rombongan Alumni Pengambilan Pertama Aliran Inggeris SMJA 1975 pada Majlis Tahlil dan Doa Arwah di Jalan Telanai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...