Friday, June 2, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Tahlil di kubah pembuka tirai Sambutan HUT ABDB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Bagi menandakan permulaan pelbagai aktiviti sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Di-raja Brunei (ABDB) ke-62, Kementerian Pertahanan dan ABDB telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Bacaan Surah Yasin dan Tahlil berkenaan dikhususkan buat Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.
    Majlis dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Majlis dimulakan dengan membaca Surah Yasin dan Tahlil diikuti dengan bacaan Doa Tahlil dan Doa Peliharakan Sultan sebelum diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan tasbih Kaffarah yang dipimpin oleh Pegawai Turus Tarbiyyah Agama, Mejar Ariffin bin Amit @ Hamid dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, pemangku setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pemerintah Angkatan Bersama ABDB, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bersama warga Kementerian Pertahanan dan ABDB yang menghadiri majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -