Tahlil sempena Hari Antirasuah Antarabangsa

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Sempena memperingati Hari Antirasuah Antarabangsa yang jatuh pada setiap 9 Disember, Biro Mencegah Rasuah (BMR) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis diadakan khusus bagi paduka ayahanda dan paduka bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan AI-Marhumah Duli Raja lsteri Pengiran Anak Damit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BMR, hari ini, bacaan Surah Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Faizal bin Janif.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan BMR.

Antara yang hadir pada majlis membaca Surah Yasin dan Tahlil BMR di Kubah Makam Diraja.