Tahniah Laksamana Simnapuan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah berkenan untuk mengurniakan trofi kejohanan kepada Laksamana Simnapuan setelah muncul sebagai juara Maraton Lumba Perahu Tradisional 30 Pekayuh Regata Brunei 2019.

Laksamana Simnapuan dari Lawas, Sarawak muncul juara selepas mencatat masa 14.15.38 saat dalam perlumbaan ikonik maraton 5km. Pasukan dari Sarawak itu berada di depan sejak awal dan jauh meninggalkan pasukan lain yang mengambil bahagian.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)