Tahniah Liverpool – Kovac

MUNICH, 14 Mac – Niko Kovac menyatakan pasukan kendaliannya, Bayern Munich sekarang boleh menumpukan untuk menjuarai liga dan piala Jerman selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara UEFA di tangan Liverpool. Liverpool mara ke peringkat seterusnya selepas mencatat kemenangan 3-1 di Allianz Arena awal hari ini.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Liverpool,” kata Kovac. “Mereka merupakan pasukan yang terbaik dalam dua perlawanan, kami layak untuk kalah.

“Mereka melancarkan serangan serta kompak yang mana ia menyukarkan kami. Kami juga tidak beraksi dengan baik hari ini,” tambah pengurus Bayern Munich itu.

“Kami masih mempunyai dua trofi yang perlu ditumpukan. Matlamat kami adalah untuk menjuarai kedua-duanya, kami lupakan Liga Juara-Juara dan bersaing pada tahun depan.”

Ini merupakan kali pertama sejak 2011 yang mana Bayern gagal untuk mara ke peringkat suku akhir dalam pentas Eropah.

Ia merupakan detik yang menyuramkan buat kelab Jerman selepas ketiga-tiga kelab Bundesliga gagal mara ke peringkat suku akhir buat pertama kali sejak 2006.

Borussia Dortmund tewas 4-0 kepada Tottenham sementara Schalke dimalukan oleh Manchester City selepas berakhir dengan agregat 10-2.

“Kami mempunyai hak untuk kecewa, ia sukar untuk menerima apabila tidak lagi beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, kami perlu positif,” menurut Kovac. Bayern kembali merampas persada liga hujung minggu lalu selepas dikuasai oleh Dortmund sebelum ini.

“Kami beraksi dengan baik di Bundesliga dan kami perlu fokus,” menurut Kovac. – AFP

Reaksi Kovac ketika perlawanan menentang Liverpool di Allianz Arena kelmarin. – AFP