Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    ‘Tahniah, moga jodoh kekal hingga ke jannah’

    Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira mengucapkan tahniah kepada sahabatnya, Shahir Zawawi yang selamat bergelar suami kepada pengusaha butik, pada 2 September lalu.

    Mendoakan moga mahligai dibina Shahir, 34, dan pasangannya, Jaskin Jaludin, 30, kekal ke syurga, Erra atau nama penuh, Fazira Wan Chek, 49, memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada hari istimewa itu.

    “Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan dan sudah menjadi suami orang… Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

    “Erra terima jemputan tetapi minta maaf kerana tidak dapat hadir kerana ada kerja yang tidak dapat dielak,” katanya ditemui selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Nazri Khan dan isteri, Datin Tuan Ernie Rossmerie Tuan Zahari di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.

    Ketika kisah hubungannya dengan Shahir hangat diperkatakan, Erra mengaku rapat dan baik dengan penyanyi itu.

    Erra memohon maaf kepada sahabatnya, Shahir kerana tidak dapat datang ke majlis perkahwinannya dan turut mendoakan agar jodoh Shahir dan pasangannya kekal hingga ke Jannah. – Agensi

    Malah, Erra mengaku masih mengekalkan hubungan baik dan berkomunikasi dari semasa ke semasa dengan Shahir yang juga juara musim kelapan Akademi Fantasia (AF8).

    Pada 2 September lalu, Shahir selamat diijabkabulkan dengan Jaskin yang berasal dari Tawau, Sabah dengan sekali lafaz di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.

    Sementara itu, pada majlis resepsi Nazri Khan dan Tuan Ernie Rossmerie, Erra ditemani anak tunggal, Engku Aleesya Engku Emran yang berpakaian sedondon rona hitam.

    Mengulas gurauan penyanyi diundang membuat persembahan pada majlis resepsi itu, iaitu Ziana Zain yang mengajak Erra mengekalkan status ibu tunggal hingga hujung usia, aktres jelita terbabit menidakkan perkara itu.

    “Eh! Saya tak naklah hidup bersendirian. Kenapa nak kena ‘single’ kalau boleh hidup berdua?

    “Tetapi kalau Allah sudah ditakdirkan hidup bersendirian selamanya, saya terima sahaja.

    “Tapi kalau ada peluang untuk hidup berdua, mengapa tidak?” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...