Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Tahniah wira negara!

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Untuk meraih kejayaan, seseorang itu harus mempunyai keyakinan dalam diri untuk mencapai matlamatnya dan mereka juga harus menghakiskan tanggapan tidak mungkin dapat melakukannya.

    Kata-kata perangsang itu disuarakan oleh atlet sukan wusyu negara yang berjaya meraih pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-31, Awang Mohammad Adi Salihin bin Roslan ketika menitipkan nasihat kepada atlet-atlet lain yang ingin berjaya dalam bidang sukan.

    Para atlet lain juga diharap akan terus melakukan yang terbaik dalam sukan masing-masing dan tidak terlalu berfikiran negatif bahawa mereka tidak mampu melakukannya kerana tidak ada yang mustahil jika kita bertekad dan memberikan tumpuan sepenuhnya, tambahnya dalam temu bual ringkas bersama Media Permata di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

    Mengulas mengenai cabaran yang dilalui untuk meraih kejayaan dalam Sukan SEA ke-31, beliau berkata masa latihan yang singkat selama tiga bulan banyak menguji ketabahan dan disiplin dirinya serta rakan-rakan yang lain.

    Menurutnya, sasaran seterusnya ialah menggiatkan latihan dan persiapannya bagi menyertai kejohanan-kejohanan wusyu yang bakal diadakan termasuk persiapan bagi Sukan Asia.

    Terdahulu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka
    Haji Abidin menyambut ketibaan kontinjen Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, yang terdiri daripada pasukan wusyu dan urus setia yang selamat kembali ke tanah air selepas berada di Hanoi, Vietnam bagi menyertai Sukan SEA ke-31.

    Hadir sama di lapangan terbang ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud serta para pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Yang Berhormat Dato turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen pasukan wusyu serta mengalungkan sesandang kepada Awang Mohammad Adi Salihin yang berjaya memperoleh satu pingat emas bagi Acara Nanquan Lelaki, dengan mengutip 9.71 mata.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa mengucapkan tahniah kepada Awang Mohammad Adi Salihin dan ahli pasukan wusyu di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, sekembalinya mereka dari Hanoi, Vietnam.
    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Padu-ka Seri Haji Aminuddin Ihsan mengalungkan sesandang kepada Awang Mohammad Adi Salihin.
    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bergambar ramai bersama pasukan wusyu yang kembali ke tanah air selepas berada di Hanoi, Vietnam bagi menyertai Sukan SEA ke-31.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...