Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tahun 7-9, murid tadika mula persekolahan 17 Januari ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Peringkat kedua sesi persekolahan akan mula menerima kehadiran para pelajar Tahun 7 hingga Tahun 9, manakala murid-murid sekolah tadika juga akan memulakan persekolahan pada 17 Januari ini.

    Sesi persekolahan peringkat kedua itu susulan kejayaan peringkat pertama persekolahan tahun akademik 2022 pada 3 Januari lalu bagi para pelajar Tahun 10 hingga Tahun 13 yang memulakan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka lima kali seminggu.

    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman (gambar) mengumumkan perkara itu pada sidang media COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, sekolah menengah akan menerima kehadiran pelajar tersebut berdasarkan perancangan fasa awal endemik dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah diamalkan pada peringkat pertama.

    Ini termasuklah menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian pantas antigen (ART) seminggu sekali dan garis panduan mengenainya boleh dirujuk di laman sesawang dan media sosial Kementerian Pendidikan, tambahnya.

    “Pembukaan pengajaran dan pembelajaran secara fizikal bagi kanak-kanak tadika atau kindergarten di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, khususnya tadika 1 dan 2 bagi pelajar berusia antara tiga dan empat tahun turut dibuka. Pusat-pusat ini boleh beroperasi dengan kapasiti pelajar tidak melebihi 30 peratus dengan kekerapan lima kali dalam seminggu,” kata Yang Berhormat Dato.

    Walau bagaimanapun, bagi menjaga keselamatan para pelajar dan warga sekolah, Yang Berhormat Dato menekankan pembukaan dibenarkan dengan pematuhan kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

    “Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Swasta akan memantau pelaksanaan SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan sekolah-sekolah berkenaan telah pun bersedia,” kata Yang Berhormat Dato.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...