Tahun baru bersama Bandarku Ceria

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Program Bandarku Ceria diteruskan lagi pada awal tahun baru 2017 ini, di mana rata-rata orang-orang persendirian dan ahli-ahli keluarga masih memilih ibu negara Brunei sebagai tempat riadah di hujung minggu.

Terbaru pada minggu ini, kelihatan salah seorang peniaga menjalankan perkhidmatan mencuci rantai basikal yang dijalankan sebagai inisiatif memberi perkhidmatan kepada para pengguna basikal memandangkan pada hari tersebut orang ramai kebanyakannya menggunakan basikal sebagai kaedah beriadah.

Beberapa maskot dari karakter animasi popular juga kelihatan semasa acara tersebut dijalanakan sebagai salah satu cara menarik golongan kanak-kanak untuk sama-sama melibatkan diri di samping berhibur dan secara tidak langsung dapat menyemai rasa kecintaan terhadap bandar kita pada usia muda.

Selain itu, dalam mempelbagaikan lagi tarikan, perkhidmatan menaiki beca juga boleh didapati yang mana tersebut menawarkan orang ramai perkhidmatan untuk bersiar-siar secara santai mengelilingi kawasan Bandar Seri Begawan.

Maskot karakter animasi yang turut memeriahkan Program Bandarku Ceria.
Maskot karakter animasi yang turut memeriahkan Program Bandarku Ceria.