Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tahun Baru Cina SCB meriah

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Sambutan Tahun Baru Cina yang memasuki hari ke-12 masih disambut dengan meriah dan turut menyerikan acara itu adalah Bank Standard Chartered (SCB) Brunei dengan mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina SCB 2017 di Restoran Li Gong, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong, hari ini.

    Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pelanggan, ahli persatuan perniagaan, ahli korporat, duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi ke Negara Brunei Darussalam serta rakan-rakan bank yang merangkumi 400 jemputan yang telah dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei, Anirvan Dastidar.

    Anirvan Dastidar dalam ucapannya antara lain berkata, sebagai satu-satunya bank antarabangsa yang berada di 10 buah negara anggota ASEAN yang mempunyai pengetahuan tempatan, mereka mempunyai kedudukan baik untuk membantu pelanggan meneroka peluang di rantau ini.

    “Kami juga kekal optimistik bahawa SCB akan kekal di sini. Kami mempunyai barisan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami tahun ini dan penubuhan SCB sejak sekian lama di Brunei, kami akan terus memberi perkhidmatan untuk pasaran Brunei dan mencari peluang pembangunan dan pelaburan baru,” tambahnya.

    Anirvan Dastidar mengalu-alukan kedatangan para jemputan di Restoran Li Gong, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.
    Anirvan Dastidar mengalu-alukan kedatangan para jemputan di Restoran Li Gong, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

    Antara jemputan yang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina SCB 2017.
    Antara jemputan yang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina SCB 2017.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda