Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAIB adakan majlis keagamaan sempena penubuhannya ke-26

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Bersempena dengan ulang tahun penubuhan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) ke-26 tahun, Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat telah diadakan hari ini, di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

    Kehadiran Yang Berhormat Pehin disambut oleh Pemangku Pengarah Pengurusan Perbadanan TAIB, Awang Maswadi bin Haji Mohsin.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman/Othman yang juga Ketua Kampung Masjid Lama Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah dan kakitangan Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut.

    Majlis tersebut dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran.

    Bersempena dengan ulang tahun penubuhan Perbadanan TAIB, tetamu kehormat juga telah menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda