Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAIB anjur ceramah khas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar oleh Hakim Hayat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Bersempena Sambutan Israk dan Mikraj, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah menganjurkan ceramah khas bertajuk ‘Warming Up’ Ramadan yang berlangsung di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ), Lambak Kiri.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbandanan TAIB dan Jawatankuasa Takmir Masjid STKRJ Lambak Kiri, kakitangan Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa upacara menabur bunga rampai.
    Dato Paduka Awang Ahmaddin menyerahkan replika kunci van jenazah  kepada Haji Amir Hashim.
    Antara jemputan dan orang ramai yang hadir mendengarkan ceramah, kelmarin.

    Pada majlis itu, ceramah khas telah disampaikan oleh Haji Anwari bin Haji Rawi yang antara lain menyentuh mengenai persediaan dan latihan terbaik selain menjelaskan keistimewaan dan keajaiban bulan suci Ramadan.

    Majlis tersebut diteruskan dengan penyampaian van jenazah yang disempurnakan oleh Dato Paduka Awang Ahmaddin kepada Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hashim bin Haji Masri bagi mewakili masjid berkenaan.

    Penyerahan replika kunci van jenazah turut disaksikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda