Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAIB anjur majlis khatam Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bertempat di Masjid Setia Ali, Muara, kelmarin.

    Hadir dan seterusnya mengetuai majlis khatam tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, yang juga selaku penasihat Perbadanan TAIB.

    Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, yang juga selaku pengerusi Badan Pengarah Perbadanan TAIB bersama ahli-ahli Badan Pengarah Perbadanan TAIB dan Komiti Penasihat Syariah, para jemputan khas serta pegawai dan kakitangan TAIB.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bergambar bersama warga TAIB yang menyertai majlis berkenaan.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bergambar bersama warga TAIB yang menyertai majlis berkenaan.

    Majlis tersebut juga diselajurkan dengan penyerahan sumbangan sebanyak $130,000 kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA), iaitu sebanyak $100,000 dari Perbadanan TAIB, $20,000 dari Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan $10,000 dari Darussalam Holdings Sdn Bhd.

    Sumbangan-sumbangan berkenaan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif DANA, Haji Brahim bin Haji Ismail. Perbadanan TAIB dan subsidiari juga menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim di Kampung Serasa dan keluarga Perbadanan TAIB dan sebanyak $1,000 disumbangkan ke Tabung Masjid Setia Ali.

    Majlis berkenaan diakhiri dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat fardu Maghrib berjemaah dan Doa Selamat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda