Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Taikun dipenjara lebih 3 tahun terlibat pemburuan haram

-

BANGKOK, 8 DIS – Seorang taikun Thailand yang dituduh terlibat dalam pemburuan haram binatang liar di taman negara itu, gagal dalam rayuan terakhirnya hari ini.

Usahawan pembinaan, Premchai Karnasuta telah ditangkap pada Februari 2018 ketika pegawai-pegawai taman menemui senjata, bangkai haiwan – termasuk kuang bayas kalij dan spesies kancil muntjac merah – serta kulit bulu harimau bintang hitam di tapak perkhemahannya.

Premchai didapati tidak bersalah memiliki bangkai harimau bintang namun dia disabit atas tiga tuduhan lain berkaitan pemburuan haram dan dipenjarakan hingga 16 bulan.

Manakala, Mahkamah Rayuan telah menggesa akan hukumannya ditingkatkan kepada tiga tahun dan dua bulan.

Hari ini, pegawai mahkamah memaklumkan yang Mahkamah Agung telah mengesahkan keputusan bersalah itu dan menjatuhkan hukuman tiga tahun dan dua bulan.

Dia dan dua defendan lain telah diarahkan untuk membayar 2 juta baht (AS$60,000) sebagai pampasan. – AFP

Premchai Karnasuta. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -