Taikun media Hong Kong ditahan

HONG KONG, 28 FEB – Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai iaitu pengkritik profil tinggi Beijing ditahan hari ini atas pembabitan beliau dalam bantahan pro demokrasi yang menggegarkan ibu negara itu selama tujuh bulan.

Pemilik akhbar Apple Daily berusia 72 tahun itu dituduh menyertai rapat pada 31 Ogos yang kemudiannya diharamkan polis atas faktor keselamatan.

Menurut polis, Lai ditahan dan didakwa bersama-sama aktivis pro demokrasi veteran, Lee Cheuk Yan dan Yeung Sum.

Ketiga-tiga mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah terbabit dalam menghadiri perhimpunan yang tidak dibenarkan, dan dijadualkan hadir di mahkamah 5 Mei nanti. – AFP