Taisei Corporation terima kontrak bina terminal baharu AS$570 juta

COLOMBO, 20 FEB – Sebuah firma Jepun dipilih oleh Colombo hari ini untuk membina terminal baharu bernilai AS$570 juta untuk lapangan terbang utama Sri Lanka, tatkala Tokyo bangkit semula sebagai penyokong infrastruktur utama di tengah pelbagai projek China.

Kabinet mengumumkan Taisei Corporation dipilih untuk membangunkan projek yang dibiayai Jepun, dengan terminal baharu dijangka menambah dua kali ganda kapasiti di lapangan terbang antarabangsa Bandaranaike kepada kira-kira 20 juta penumpang setahun. – AFP