TAIPEI, 24 FEB – Taiwan mengumumkan rancangan hari ini untuk membuka semula pulau itu kepada pengembara perniagaan dan memendekkan tempoh kuarantin bagi semua ketibaan, melonggarkan sedikit sekatan di salah sebuah wilayah yang turut mengambil pendekatan strategi sifar COVID-19
Pulau itu dipuji kerana berjaya menghindari jangkitan virus pada tahun pertama pandemik, namun penularan dikesan pada April lalu memaksa Taipei melaksanakan sekatan yang menjejaskan ekonominya.
Ia termasuklah larangan ketibaan pengembara asing dengan pengecualian ke atas beberapa kategori seperti penduduk tetap dan diplomat sejak peningkatan jangkitan tempatan Mei lalu.
Pusat Kawalan Epidemik Taiwan (CECC) mengatakan hari ini bahawa pelonggaran sekatan akan bermula awal Mac bagi warga asing yang tiba atas tujuan perniagaan, termasuk pemeriksaan, pelaburan, pekerjaan atau memenuhi tanggungjawab kontrak.
“Kami akan membuka semula kepada pengembara perniagaan asing bermula 7 mac sejajar dengan beberapa kelonggaran dalam langkah-langkah menyeluruh pencegahan pandemik,” kata timbalan ketua CECC, Chen Tsung-yen. – AFP