Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Taiwan buka pintu, sambut kumpulan pelancong asing

    TAOYUAN, TAIWAN, 13 OKT – Taiwan mengalu-alukan kumpulan pertama pelancong antarabangsa selepas pulau itu membuka pintu industri pelancongannya hari ini, menamatkan peraturan kuarantin ketat sejak wabak koronavirus bermula.

    Sekumpulan pelancong dari Thailand tiba sejurus tengah malam dan disambut di lapangan terbang Taoyuan de-ngan kalungan bunga dan tarian maskot beruang. Valaisurang Bhaedhayajibh, 53, berkata dia berkunjung ke Taiwan kali pertama dalam tempoh 20 tahun dan ditemani anak perempuannya, Sisiree.

    “Saya mendengar tentang tasik dan semua alam semula jadi, dan juga membeli-belah.

    “Anak saya sedang cuti sekolah jadi saya membawanya ke sini,” katanya kepada AFP.

    Menurutnya lagi, perjalanan sangat mudah dan tidak perlu melakukan banyak persediaan namun mereka sudah mendapat vaksinasi.

    Sementara itu, Pairry Kalong, seorang lagi pelancong dari Thailand, berkata dia merancang untuk menikmati hidangan yang menggunakan periuk panas serta melawat Ximending, daerah beli-belah yang diterangi lampu neon di Taipei. – AFP

    Seorang wanita bergambar bersama maskot di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 13 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...