Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Taiwan dilanda gangguan bekalan elektrik

    TAIPEI, 3 MAC – Gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa bahagian di Taiwan hari ini susulan apa yang pejabat presiden katakan adalah ‘satu insiden’ di loji tenaga.

    Bekalan tenaga terputus berlaku selepas jam 9 pagi di seluruh pulau itu, dari bandar Taipei hingga ke tengah bandar Taichung dan selatan daerah Pingtung, menurut laporan.

    Gangguan elektrik muncul ketika pemimpin wilayah itu, Tsai Ing-wen dijangka bertemu setiausaha negara AS, Mike Pompeo.

    Pejabat Presiden berkata siasatan awal menunjukkan gangguan itu adalah disebabkan oleh ‘satu insiden’ di loji tenaga di selatan bandar Kaohsiung.

    Sementara bekalan tenaga di pejabat presiden adalah normal, ia berkata siaran langsung bagi mesyuarat Tsai bersama Pompeo telah dibatalkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...