Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taiwan kini mesra pelancongan Muslim

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Taiwan adalah destinasi pelancongan Muslim baharu untuk diterokai dengan menyaksikan banyak kemudahan serta tempat pelancongan menarik yang mesra Muslim.

    Menerusi kempen Salam Taiwan yang dipromosikan sejak lebih lima tahun lalu, para pelancong khususnya bagi yang beragama Islam kini semakin mudah mendapatkan maklumat serta pendedahan mengenai destinasi pelancongan Muslim atau yang berkaitan dengannya di Taiwan.

    Perkara itu dikongsikan oleh Pengarah (Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Brunei) Pejabat Kuala Lumpur Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Abe Chou semasa ditemui pihak media pada Pesta Pelancongan Sabre Brunei 2023, kelmarin.

    Beliau seterusnya berkata, dengan jumlah Muslim di Taiwan melebihi jumlah 300,000 orang, tidak hairanlah kemudahan beribadat seperti masjid semakin bertambah bilangannya bagi memudahkan umat Islam yang tinggal di sana dan para pelancong yang berkunjung dapat mengerjakan kewajiban dengan selesa.

    Sehingga ke hari ini terdapat sebanyak sembilan buah masjid boleh didapati di seluruh Taiwan termasuk tiga daripadanya terletak di Taipei.

    Beliau turut mengongsikan mengenai restoran halal di mana setakat ini terdapat lebih 300 buah restoran Muslim terdapat di Taiwan yang menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan halal.

    Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan, beliau berkata, memandangkan Brunei mempunyai penerbangan terus, pasukan promosi pelancongan Taiwan di sini akan mengadakan lebih banyak acara mempromosikan Taiwan sebagai destinasi mesra Muslim dan berharap dapat memperkenalkan lebih banyak maklumat dan bukan hanya tertumpu pada pameran pelancongan sahaja.

    Abe Chou (Kanan) semasa ditemui di petak pameran Pelancongan Taiwan pada Pesta Pelancongan Sabre Brunei 2023. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda