Taiwan lancar produk perubatan pintar menerusi webinar

KUALA LUMPUR, 21 OGOS – Beberapa webinar mengenai pelancaran produk perubatan pintar akan diadakan di Taiwan yang menyasar untuk memberi pemahaman lebih mendalam kepada dunia mengenai industri perubatan pintar negara itu khususnya ketika usaha menangani pandemik COVID-19 masih diteruskan.

Kini, nilai perbelanjaan berkaitan perubatan di seluruh dunia mencecah AS$8.7 trilion, sekali gus menjadikan penyepaduan dua industri tersebut semakin lebih penting berbanding sebelum ini.

Selain itu, industri penjagaan kesihatan dan perubatan menjadi potensi perniagaan yang amat besar dengan nilai lebih AS$158 bilion bagi penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), Walter Yeh berkata industri perubatan dinamik Taiwan, dipacu oleh aliran 5G dipercepatkan serta krisis pandemik, telah menunjukkan kelebihan inovatif dalam teknologi perubatan pintar, pembedahan dan peralatan perubatan. – Bernama