Taiwan lancar sistem amaran volkano

TAIPEI, 6 JULAI – Taiwan akan melancarkan sistem amaran untuk memantau gunung berapi dan menyelia langkah-langkah pencegahan bencana, menjelang akhir tahun ini,  kata Biro Cuaca Pusat (CWB) pada Isnin.

Sistem itu menumpukan aktiviti gunung berapi yang terletak di Datun, Taipei dan di Pulau Penyu, Yilan, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Selain itu, ia juga akan memberi panduan kepada pentadbiran dua wilayah berkenaan dan New Taipei serta Keelung, untuk merangka langkah-langkah pencegahan yang berkaitan.  –Bernama