Taiwan sedia lebih banyak kemudahan untuk pelancong Islam

WASHINGTON, 11 JUN – Taiwan terus meningkatkan kemudahan yang mesra pengguna Islam sejak tahun lalu, lapor agensi berita pusat (CNA).

Memetik Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2019, dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Persatuan Cina-Muslim berkata Taiwan sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengunjung Islam.

Menurut persatuan itu setiap tahun Taiwan meningkatkan aspek latihan, menyediakan lebih banyak kemudahan mesra pengguna Islam di hotel dan restoran halal, dan semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong Islam.

Selain itu, lebih banyak ruang solat di tempat awam seperti stesen kereta api, perpustakaan dan destinasi tumpuan pelancong disediakan. – Bernama