Taiwan, selatan Iran digegar gempa bumi

IRAN/CHINA, 14 NOV – Dua gempa bumi sederhana telah melanda wilayah Hormozgan, selatan Iran, lapor media Iran, hari ini.

Pusat Seismologi Iran berkata gempa bumi melanda pulau Qeshm di Semenanjung Hormuz pada petang ini, kira-kira 1,000km selatan Tehran pada kedalaman 18km.

Pusat gempa terletak kira-kira 60km barat daya pelabuhan Bandar Abad di wilayah Hormozgan.

Sementara itu, gempa bumi 4.8 magnitud melanda luar perairan Yilan, timur Taiwan, China jam 9 malam ini, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Ia dipantau pada latitud 24.58 darjah utara dan garis bujur 122.02 timur pada kedalaman 50km, menurut pusat itu. – Xinhua