Taiwan sumbang penutup hidung dan mulut

TAIPEI, 9 APRIL – Taiwan melancarkan pusingan kedua program sumbangan penutup hidung dan mulut pembedahan untuk negara yang teruk terjejas dengan pandemik COVID-19, termasuk  Eropah, Amerika Latin dan Caribbean, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

“Keputusan itu dibuat selepas sumbangan 10 juta topeng muka kepada 11 negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS), sedang dalam pelaksanaan,” kata jurucakap Kementerian Luar Joanne Ou pada sidang akhbar.

Dalam pusingan kedua sumbangan, sebanyak enam juta lagi penutup hidung dan mulut pembedahan akan dihantar ke beberapa negara termasuk Kesatuan Eropah, AS, Amerika Latin dan Caribbean. – Bernama