Taj Mahal dibuka semula 21 Sept

NEW DELHI, 8 SEPT – Tempat tarikan utama pelancong di India, Taj Mahal telah dibuka semula selepas lebih dari enam bulan ditutup, menurut pegawai hari ini, meskipun negara sedang bergelut dengan angka jangkitan koronavirus yang meningkat.

India, yang mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion orang, kelmarin memintas Brazil untuk menjadi negara kedua jangkitan COVID-19 tertinggi dengan lebih 4.2 juta kes, di belakang Amerika Syarikat.

“Taj Mahal akan dibuka semula pada 21 September. Menurut semua protokol COVID-19, penjarakan fizikal, memakai penutup mulut dan hidung akan dilaksanakan,” menurut timbalan pengarah Jabatan Pelancongan wilayah utara Uttar Pradesh, Amit Srivastava memberitahu AFP.

Pelawat hanya akan dihadkan kepada 5,000 orang sehari, kurang dari kadar harian biasa seramai 20,000 orang, tambahnya.

Merupakan salah sebuah Tujuh Keajaiban Dunia Baharu, makam marmar yang bersinar di selatan ibu kota New Delhi telah ditutup sejak pertengahan Mac sebagai sebahagian daripada perintah berkurung virus yang ketat di India.

Uttar Pradesh, bandar Agra di mana terletaknya Taj Mahal, adalah salah sebuah negeri yang paling teruk terjejas di India dengan lebih daripada 270,000 kes koronavirus dicatatkan.

India menyegerakan untuk membuka semula Taj Mahal bagi memulihkan ekonomi yang terjejas akibat virus meskipun jangkitan masih kekal meningkat.

Sejak Ogos, India melaporkan peningkatan sehari tertinggi di dunia.- AFP

Tempat tarikan utama pelancong di India, Taj Mahal telah dibuka semula pada 21 September selepas lebih dari enam bulan ditutup.- AFP