Tajaan bot naga suntik semangat PTB
Oleh Fadhil Yunus BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Pasukan Tamoi Bersatu (PTB) menerima suntikan semangat apabila menerima sebuah bot naga tajaan Syarikat Iyans Gym dengan majlis penyerahannya dijalankan di Taman Persiaran Damuan, Jalan Tutong, baru-baru ini. Majlis penyerahan tajaan berkenaan telah disempurnakan oleh Awang Mohammad Sofian bin Haji Mohammad Yaman dari Syarikat Iyans Gym.


































