Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Tajul Ariff terlibat kemalangan

    Malang tidak berbau, penyanyi Tajul Ariff berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke bahu jalan gara-gara mengelak lopak air.

    Berkongsi lanjut, Tajul, 24, berkata, kereta jenis BMW miliknya berpusing sebanyak tiga kali sebelum merempuh pembahagi jalan di sekitar kawasan Tapah, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang baru-baru ini.

    “Syukur tiada sebarang kecederaan. Memang terkejut selepas kejadian. Saya ambil masa berehat seketika di tepi jalan sebelum berfikir untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi wartawan.

    Kejadian yang berlaku juga membuatkan Tajul teringatkan akan arwah abangnya iaitu penyanyi Achik Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2010.

    Tajul juga memberitahu dalam keadaan kereta sedang laju berpusing, dia sempat berfikir akan segala keburukan yang berlaku dan reda dengan apa sebarang kemungkinan.

    Tajul bersyukur tidak alami sebarang kecederaan. – Agensi

    “Takut juga apabila berlaku kejadian sebegini kerana abang saya dahulu meninggal dunia akibat kemalangan. Saya berdoa tidak terjadi sama seperti arwah.

    “Ketika kereta sedang berpusing, saya sempat berfikir ke manalah hala tuju akhirnya saya terhumban atau terbabas. Hanya berserah sahaja,” ujarnya.

    Terdahulu, Tajul berkongsi keadaan dia selamat dan kereta yang dipandu itu mengalami kerosakan pada bahagian depan dan belakang.

    Untuk rekod, abang Tajul iaitu vokalis kumpulan Spin, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Kajang-Seremban pada 18 April 2010.

    Allahyarham yang ketika itu berusia 27 tahun tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaannya yang terbabas selepas melanggar papan tanda. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...