Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Tajul panik isteri mengadu sesak nafas

    Isteri kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor pada awal pagi kelmarin selepas tiba-tiba mengadu sukar bernafas.

    Berkongsi detik cemas yang berlaku, Tajul berkata, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur sebelum isteri mengejutkannya dalam keadaan panik tidak dapat bernafas.

    “Ketika kejadian, saya sudah tidur dan tiba-tiba isteri kejutkan saya mengadu dia tidak boleh bernafas. Dia rasa seperti ada orang duduk di atas dadanya.

    “Tanpa berfikir panjang, saya terus bawa isteri ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi wartawan.

    Terdahulu, Nurul Shamieza berkongsi keadaannya ketika menerima rawatan di hospital berkenaan dalam akaun Instagram miliknya.

    Sementara itu, penyanyi lagu Izinkan Aku ini berkata, dia lega apabila isterinya tidak mengalami sebarang masalah serius dan sudah dibenarkan pulang selepas beberapa jam di bawah pemantauan doktor.

    “Sepanjang di hospital, doktor berikan ubat dan masukkan air. Syukur keadaan isteri sekarang semakin baik. Dia juga sudah dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya.

    Tajul dan Nurul Shamieza mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adriana Carisa dan Adrian Rifqy. – Agensi

    Isteri Tajul (kanan) tiba-tiba mengadu sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...