DHAKA, 26 OKT – Kerajaan Bangladesh menerapkan pendekatan baharu iaitu ‘Tanpa Penutup Mulut dan Hidung, Tiada Layanan’ di semua pejabat kerajaan dan swasta untuk mencegah penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Perkara itu diputuskan selepas mesyuarat kabinet dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina, kelmarin.
Jurucakap Khandker Anwarul Islam ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata mulai sekarang pemakaian penutup mulut di semua institusi awam dan swasta, pasar dan tempat-tempat ibadat lain adalah diwajibkan.
Sejajar dengan keputusan itu juga, mereka yang tidak memakai alat tersebut tidak akan dilayan jika berurusan dengan pejabat kerajaan dan swasta. – Bernama