Tak pakai topi keledar, pesalah diarah tulis karangan

NEW DELHI, 21 JAN – Penunggang motosikal di Madhya Pradesh di tengah India, diarahkan untuk menulis karangan selepas ditahan polis daerah itu kerana tidak memakai topi keledar.

Hindustan Times melaporkan, untuk tempoh enam hari, lebih 150 penunggang motosikal yang ditahan atas kesalahan sama diminta menulis karangan 100 patah perkataan akibat gagal memakai topi keledar.

Inisiatif itu dilancarkan sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya yang berakhir Jumaat lalu kerana pemakaian topi keledar adalah wajib bagi penunggang motosikal di negara berkenaan.

Asisten Superintenden Pradeep Chouhan, berkata sepanjang kempen itu penunggang yang gagal memakai topi keledar akan diminta menulis karangan 100 patah perkataan kerana melanggar undang-undang berkenan.

“Inisiatif ini bermula 11 Januari dan berakhir tujuh hari kemudian,” katanya. – Agensi