Tak perlu mohon dari Kementerian Kesihatan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Para penganjur atau mereka yang ingin mengadakan acara-acara luar terutama ekspo, mereka masih perlu meminta kebenaran seperti sebelum ini namun bukannya daripada Kementerian Kesihatan.

Kebenaran perlu dipohon daripada pihak berwajib sahaja seperti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atau pihak Pasukan Polis Diraja Brunei dan sebagainya.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu ketika menjawab persoalan semasa sesi sidang media COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

Walau bagaimanapun, mereka yang ingin memohon untuk mengadakan acara itu hendaklah mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, tambahnya.