Tak semestinya kena pegang-pegang – Zul Ariffin

“Nak buat adegan bersentuhan dan pegang tak semestinya menjanjikan apa-apa kesan pun. Keserasian bukan sebab itu.”

Itu kata pelakon popular Zul Ariffin bagi memberi reaksi kepada gandingan sulungnya dengan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang juga wanita bertudung dalam drama Love Elsa.

Zul, 35, berkata, dia menghormati prinsip dan pendirian setiap pelakon yang bekerjasama dengannya dalam mana-mana drama.

“Sebagai pelakon saya kena terima situasi sebegini. Lain orang lain cara. Sebagai contoh, ada boleh bergurau dengan cara ini, cara itu dan sebagainya.

“Berlakon drama kita tidak ada banyak masa untuk sesi pembacaan skrip. Jadi, di lokasi penggambaran adalah waktu untuk kita faham pelakon lain terutama gandingan kita. Datang ke lokasi juga baru faham apa yang orang ini selesa atau tak.

“Bagi saya dalam lakonan ini lebih kepada hormat. Kalau tak perlu bersentuhan, tak perlu buat. Ada juga yang bertudung boleh buat adegan sebegini. Kalau dalam filem saya lebih banyak watak aksi, jadi tidak sama seperti drama,” katanya.

Zul yang ditemui pada sesi drama Love Elsa bersama media secara dalam talian berkata, pengarah drama itu, Michael Ang tidak pernah memaksa pelakon untuk menjayakan sesuatu babak yang memberi keselesaan pada pelakon. – Agensi

Zul Ariffin dan Uyaina Arshad ketika digandingkan bersama dalam drama Love Elsa. – Agensi