Takaful Brunei bantu golongan terjejas

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Syarikat Takaful Brunei Sdn Bhd (Takaful Brunei), hari ini, telah menyumbangkan makanan asasi dan keperluan kebersihan harian kepada 50 penerima dan isi rumah bagi golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sumbangan melalui usaha sama Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) dan Komuniti STKRJ Katok B itu diserahkan oleh Awang Mohammad Denny Azriman bin Haji Madni dari Bahagian Pemasaran Korporat Takaful Brunei kepada pengasas Foodbank4katokB, Dayang Farah bagi pihak MMPB dan Pemangku Ketua Kampung Kampung STKRJ Katok B, Kapten (B) Pengiran Muhammad Redzuan bin Pengiran Haji Said.

Dengan sumbangan yang diberikan, Takaful Brunei berharap ia akan dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan serta menggalakkan syarikat lain dan orang ramai untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membolehkan mereka meneruskan kerja amal.

Awang Mohammad Denny Azriman bergambar bersama barangan yang disumbangkan semasa penyerahan berkenaan.