Takaful Brunei hulur bantuan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Takaful Brunei terus menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat mereka, Jalur Kasih.

Menurut kenyataan yang diterima, Takaful Brunei telah memberikan sumbangan berupa barang keperluan asas seperti makanan dalam tin, pencuci pakaian, bahan-bahan masakan, beras dan banyak lagi. Lawatan itu diakhiri dengan bacaan Doa Selamat agar beban mereka akan dikurangkan.

Takaful Brunei berharap sumbangan tersebut akan memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai golongan yang memerlukan bantuan dan bersama-sama mengambil berat dan menghulurkan bantuan semampunya.

ATAS & BAWAH: Wakil daripada Takaful Brunei menyerahkan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat mereka.- Gambar serahan Takaful Brunei