Takaful Brunei hulur barangan keperluan bilik pembedahan

Oleh Lyna Mohamad

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Sebagai inisiatifnya dalam sama-sama membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan, Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd (Takaful Brunei) telah menyumbangkan barangan yang diperlukan untuk bilik-bilik pembedahan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Sumbangan termasuk scrub, pengering kasut, almari, cermin, kotak-kotak kontena dan produk-produk pembersihan yang diperlukan dalam operasi-operasi COVID-19 di hospital berkenaan.

Penyerahan sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Awang Mohammad Denny Azriman bin Haji Madni dari Bahagian Pemasaran Korporat Takaful Brunei dan diterima oleh Konsultan dan Ketua Jabatan Anestesia, Dr Wardina Shumaimah binti Dato Paduka Buntar bagi pihak Hospital RIPAS.

Awang Mohammad Denny Azriman menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Dr Wardina Shumaimah. – Gambar serahan Takaful Brunei