Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Takaful Brunei serah lebih $5,000 untuk Tabung Bantuan COVID-19

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd telah menyerahkan sumbangan berjumlah $5,167 kepada Tabung Bantuan COVID-19 dalam sama-sama memainkan peranan dan memberikan sokongan kepada Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID di Negara Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesi-hatan, sumbangan hasil kutipan melalui Takaful Brunei Mobile App Donating System itu diserahkan Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Takaful Brunei, Pengiran Haji Mohd Suffri bin Pengiran Hashim kepada Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Haji Kamarul Azam bin Haji Mohammad di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Orang ramai yang ingin membuat sumbangan, boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan di talian 8123796 pada waktu bekerja.

    Haji Kamarul Azam (kiri) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengiran Haji Suffri di Kementerian Kesihatan, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...