Takaful Brunei umum 20 pemenang cabutan bertuah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN,19 OKT – Takaful Brunei telah mengumumkan 20 orang pemenang cabutan bertuah bulanan sempena ulang tahun pertama, bagi Ogos dan September secara dalam talian melalui akaun Instagram Takaful Brunei.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Takaful Brunei, para pemenang yang ditentukan dengan menggunakan perisian pengacak digital berkenaan menerima hadiah wang tunai atas penyertaan mereka dalam produk-produk Takaful Brunei Am (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga (TBK).

Promosi cabutan bulanan berkenaan menawarkan wang tunai $5,000 setiap bulan dan hadiah wang tunai lain dari Julai hingga Disember depan. Selain itu, hadiah mingguan juga disediakan dengan hanya mendaftar sebagai pengguna Takaful Brunei Mobile Brunei baharu.

Manakala itu, cabutan bagi menentukan pemenang hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Fortuner baharu yang akan diadakan pada Januari 2022.

Kenyataan menyatakan, promosi berkenaan dibukakan kepada pelanggan yang menyertai mana-mana produk TBA dan TBK menerusi aplikasi Takaful Brunei Mobile.

Pelanggan Takaful Brunei digalakkan menggunakan Takaful Brunei Mobile untuk merebut peluang menjadi pemenang hadiah utama pengguna Takaful Brunei Mobile.- Gambar serahan Takaful Brunei