Takaful sumbang lebih $10,000 ke tabung Palestin

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Lebih $10,000 telah disumbangkan oleh Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd kepada Tabung Kemanusiaan untuk Palestin 2021 yang ditutup semalam.

Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Takaful Brunei serta ciri amal aplikasi Takaful Brunei Mobile.

Pengguna Takaful Brunei Mobile yang berdaftar dapat menyumbangkan poin MyRewards mereka untuk tujuan amal berkenaan yang mana sumbangan poin berkenaan bermula pada 8 Julai tahun ini.

Takaful Brunei mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah bersama-sama bersatu dalam meringankan penderitaan berterusan rakyat Palestin.

Pengurus Pemasaran Korporat, Bahagian Unit Perkhidmatan Pemasaran Korporat, Awang Mohammad Nazmi bin Haji Souyono bergambar bersama hasil sumbangan Tabung Kemanusiaan untuk Palestin 2021.