Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Takat beku cecah rekod luar biasa di Alp

    GENEVA, 25 JULAI – Switzerland, yang dicengkam gelombang haba ekstrem di Eropah, telah menyaksikan takat beku meningkat jauh melebihi tahap tertinggi, memecah rekod yang dicatat 27 tahun lalu, kata pakar meteorologi hari ini.

    Saintis berkata perubahan iklim yang dicetuskan manusia sedang memburukkan gelombang haba yang dilihat di beberapa rantau bumi dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Belon cuaca naik kepada 5,184 meter di atas negara Alp semalaman sebelum ia menemui takat beku, kata MeteoSwiss dalam kenyataan.

    Ia adalah kira-kira 70 meter lebih tinggi daripada rekod 5,117 meter yang dicatat oleh Swiss, diukur pada 20 Julai 1995 dan 375 meter lebih tinggi dari kemuncak tertinggi Eropah, Mont Blanc di Alp Perancis.

    Adalah amat luar biasa untuk takat beku diukur melebihi 5,000 meter di Eropah. Pakar glasier Swiss Matthias Huss mengingatkan pada bulan ini bahawa suhu yang meningkat akan menyebabkan glasier air tawar cair lebih cepat berbanding sebelumnya.

    “Glasier di Alp sudah berubah daripada apa yang kami lihat sebelumnya. Saya benar-benar bimbang dengan situasi yang berlaku,” katanya pada 17 Julai.

    “Ukuran yang dikumpul di Griesgletscher hari ini menunjukkan walaupun dengan rekod yang dicatat sebelumnya pada 2003, kami sudah mengalami pencairan satu bulan lebih awal. Tanpa sebarang pengurangan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...