Takdir Cinta raih sejuta tontonan

KUALA LUMPUR – Video muzik single pertama Muna Shahirah bertajuk ‘Takdir Cinta’ yang dilancarkan Januari lepas menerusi laman YouTube meraih lebih sejuta tontonan.

Pemilik nama sebenar Muna Shahirah Munadi, 24, itu tidak menyangka lagu hasil nukilan ibu bapanya yang mengisahkan pengalaman kehilangan anggota keluarga pada 2014 mendapat maklum balas memberangsangkan.

“Lagu ini adalah untuk mengimbau kenangan bapa saudara saya yang meninggal dunia pada empat tahun lepas akibat kemalangan dan merupakan single pertama selepas tersingkir daripada Akademi Fantasia (AF) 2014.

“Walaupun ‘Takdir Cinta’ dapat sambutan yang baik daripada para peminat kita masih lagi dalam proses untuk mempromosikan lagu ini,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu dalam Program Nine-11 terbitan Bernama News Channel.

Lagu ‘Takdir Cinta’ memakan masa hampir tiga bulan untuk proses pembikinan termasuklah penambahan muzik, demo dan muzik video rasmi, katanya. – Bernama

Video muzik single pertama Muna Shahirah bertajuk ‘Takdir Cinta’ telah berjaya mendapat sejuta tontonan.