Takeda jual subsidiari ubat kepada dana Blackstone AS

TOKYO, 24 OGOS – Syarikat farmaseutikal Takeda telah menjual subsidiarinya di Jepun yang menumpu pada penjagaan kesihatan pengguna kepada dana pelaburan Amerika Syarikat (AS), Kumpulan Blackstone.

Perjanjian itu diumumkan hari ini oleh pengilang ubat Jepun yang bernilai sekitar 242 bilion yen (AS$2.3 bi-lion), walaupun harga jualan sebenar akan ditentukan kemudian, selepas pengiraan hutang dan kapital subsidiari tersebut, Syarikat Penjagaan Kesihatan Pengguna Takeda.

Perjanjian itu kelihatannya akan diselesaikan pada Mac 2021, menurut Takeda yang berpangkalan di Tokyo.

Takeda berkata ia mahu menumpu pada bidang-bidang khas seperti gangguan sistem pencernaan, penyakit luar biasa, terapi plasma dan pencegahan dan rawatan kanser, daripada sektor pengguna yang bersaing.

Subsidiari tersebut menjual ubat popular di Jepun digelar Alinamin, sejenis suplemen vitamin dan Bendex, ubat selesema. Blackstone merancang untuk membangunkan perniagaan itu dan mengekalkan semua pekerjanya, kata kenyataan Takeda. – AP