Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Takkan saya nak cekik sampai mati’

    Dilabel lelaki ‘psiko’ dan gila, aktor kontroversi, Iqram Dinzy tidak melatah, sebaliknya menyifatkannya berjaya membawa watak diberikan.

    Biarpun luahan kemarahan pelakon gandingannya, Mona Allen dalam laman Instagram menjadi ‘kecoh’, minggu lalu, namun Iqram bersikap profesional dalam menyempurnakan wataknya.

    Gara-gara video adegan pertengkaran tular, ia sekali lagi mengheret nama Iqram dengan kancah kontroversi.

    Video Iqram menangis, seakan mengeluh dugaan diterima hingga terfikir menamatkan riwayat hidup juga tular selepas berlaku perbalahan.

    Namun, Iqram sudah bertemu dengan suami Mona, Pekin Ibrahim bagi menyelesaikan perselisihan faham antaranya dan Mona. Mengulas pertanyaan adakah sengaja mencekik Mona dengan kuat, biarpun sudah beberapa kali ditegur, Iqram berkata, jika betul-betul cekik, Mona sudah lama mati dan ditanam dalam kubur.

    Iqram Dinzy tidak melatah meskipun diilabelkan lelaki ‘psiko’ dan gila, sebaliknya menyifatkannya berjaya membawa watak diberikan. – Agensi

    “Suami Mona, Pekin Ibrahim juga mungkin sudah datang mencari dan mencekik saya pula. “Saya memang sengaja, tetapi ia hanyalah babak dalam lakonan. Cuma, mungkin saya sedikit berlebihan ketika menjiwai watak Azran.

    “Mona mungkin rasa sakit sikit, biasalah perempuan. Bagi saya, watak Maria perlu nampak sakit. Sekiranya saya tak sedar, tidaklah hanya lepas ‘one take’ sahaja dan mungkin Mona sudah lama masuk Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya kepada media.

    Ditanya perasaannya dilabel lelaki gila dan psiko hingga merosakkan reputasi, Iqram berfikiran sebaliknya. Akuinya, ini bermakna Allah izinkannya untuk terus bergelar pelakon.

    “Saya tidak letak dalam hati apa sahaja gelaran diberikan. Saya seorang pelakon, tentunya saya perlu menjiwai watak lelaki ‘psiko’ seperti Azran.

    “Ia juga membuka ruang kepada saya berlakon dengan pelakon baharu yang banyak saya dengar hanya ‘acah-acah’ hebat. Selain itu, saya berpeluang melakonkan watak manusia yang semakin gila pada zaman ini. Bagi saya, jika dilabel psiko dan gila, itu bermakna watak Azran berjaya dipersembahkan dengan izin Allah.

    “Secara tidak langsung, pengarah MP Roslin berjaya membangunkan karakter Azran. Saya bersyukur dan berterima kasih seluruh pasukan produksi memberi kerjasama yang baik,” katanya.

    Terdahulu, Iqram dan Mona digandingkan dalam drama Hati Yang Dikhianati arahan Bade Azmi dan MP Roslin terbitan Global Station Sdn Bhd yang disiarkan di Astro Prima.

    Iqram berkata, hubungannya dengan Mona tidaklah terjejas teruk biarpun pelakon itu mengamuk hingga memuat naik hantaran dalam laman sosial.

    “Biasalah perempuan, saya anggap ia sebagai lumrah bagi wanita lembut budi pekerti seperti Mona.

    “Bermusuh tak mungkin, tetapi kami bergaduh mungkin sebab Allah nak suruh kami mengenal antara satu sama lain,” katanya.

    Tambah Iqram, dia bukan hilang akal atau tidak siuman mahu menyebabkan Mona tercedera.

    “Saya dilahirkan dalam keluarga seni yang mempunyai ‘common sense’, berakhlak, beradab dan adat yang tinggi.

    “Lagipun, saya belajar dalam Fakulti Seni Persembahan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam di mana guru saya bukan orang biasa seperti Normah Nordin, Ramli Ibrahim, Azhan Rani, Hamzah Tahir, Allahyarham Mazlan Tahir dan ramai lagi.

    “Saya pasti minta maaf jika keadaan sejuk dan kembali reda. Apapun terjadi, kami kena bekerja dengan profesional,” katanya.

    Mengulas pelakon senior yang menganggapnya kerasukan hingga memukul orang dan tidak sedar diri, Iqram berkata, dia memang ‘method’ dalam lakonan.

    “Tetapi, method dengan cara saya. Siapa pelakon senior yang bersuara, siapa ya?

    “Maaflah, saya hanya hormat pada pelakon yang sedar diri, ruang dan masa.

    “Bagi saya, memang patut saya kena rasuk dengan roh watak Azran yang juga seorang psiko.

    “Takkan saya nak bawa watak saya yang sebenar? Fikir-fikirkanlah…,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...